Metadata merupakan komponen utama dalam pembangunan Spatial Data Infrasturcture (SDI). Metadata ini lebih dikenali sebagai Metadata Geospatial, yang mana ia menerangkan maklumat geospatial yang hendak dikongsi. Ia tidak terhad kepada data sahaja, malah ia meliputi penerangan mengenai aplikasi GIS, laporan kajian, pembangunan maklumat geospatial dan perkhidmatan.
Metadata adalah komponen utama dalam Spatial Data Infrastructure (SDI)
Tujuan metadata geospatial, adalah memberi maklumat mengenai maklumat geospatial yang dihasilkan bagi pengguna menilai maklumat berkenaan. Faedah penerbitan metadata ini adalah satu kaedah mempromosikan ketersediaan maklumat geospatial.
Dengan metadata yang lengkap, kita mampu mengetahui sesuatu maklumat geospatial dengan terperinci seperti sumber asal sesuatu maklumat geospatial serta susur galur perubahan ke atas data tersebut. Ia distrukturkan untuk memperihalkan kandungan, sumber, keadaan, kualiti dan lain-lain sifat data yang ingin diperolehi.
Penerbitan metadata geospatial adalah bagi:
- Menunjukkan maklumat geospatial yang tersedia ada;
- Menggelakkan duplikasi dengan membenarkan pengguna mengenalpasti maklumat geospatial yang diperlukan;
- Menyediakan perlindungan undang-undang sekiranya berlaku penyalahgunaan maklumat geospatial tersebut; dan
- Menolong pengguna memahami dan menterjemah kandungan maklumat geospatial.
Standard metadata bagi maklumat geografi adalah berasaskan dokumen Standard Malaysia (MS): MS ISO 19115 : 2003 (Geographic Information – Metadata). Dokumen rujukan MS tersebut boleh diperolehi atau dibeli melalui pihak
SIRIM
|
Maklumat Geografi Standard bagi metadata antaranya adalah meliputi:
- Pengenalan
- Kualiti Data (DQ)
- Susur Galur
- Perwakilan Maklumat Geospatial
- Sistem Rujukan
- Katalog Butiran
- Pengedaran
- Rujukan Metadata
|
MS ISO 19115
|
Melalui pelaksanaan MyGDI, kepentingan metadata telah dikenal pasti. Template Malaysian Metadata Standard (MMS) dibangunkan dan diguna pakai bagi memudahkan pembekal data merekod maklumat geospatial mereka. Ia juga bagi memudahkan pengguna memperolehi maklumat geospatial yang dikehendaki. Senarai atau katalog metadata adalah terkandung dalam MyGDI Explorer (klik di sini untuk butiran lanjut). Berikut adalah Contoh Paparan Template Metadata (MMS) melalui MyGDI Explorer :