Polisi
Polisi MyGDI menjadi rujukan penting untuk menghapuskan isu-isu berkaitan struktur organisasi,harga dan privasi.
Ruanglingkup polisi merangkumi:
- Data Custodianship
- Harga Data Digital
Polisi menekankan akauntabiliti agensi pembekal data bagi memastikan kepentingan kerajaan terpelihara dan terjamin kerahsiaan serta dilindungi.
Antara Polisi MyGDI yang telah digunapakai adalah seperti di bawah :
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1997 Panduan Penubuhan Sistem Infrastruktur Kebangsaan Bagi Maklumat Tanah (NaLIS).
- Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/2001-Panduan bagi Data Custodianship Infrastruktur Kebangsaan Bagi Maklumat Tanah.
- Surat Pekeliling Pelaksanaan MyGDI Bil. 1/2005 Garis Panduan Penentuan Harga dan Penyebaran Data Geospatial.
- Surat Pekeliling Pelaksanaan MyGDI Bil. 1/2006 Panduan bagi Pembangunan Dan Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI).






