English Arabic Chinese (Simplified) Hindi

  • Blok/White
  • White/Blok
  • Yellow/Nilai
  • Standard

Current Style: Standard

-A +A

Mengenai MyGDI

MyGDI merupakan inisiatif kerajaan bagi program nasional di dalam membangunkan Infrastruktur Data Geospatial ke arah meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan data dengan mempermudahkan capaian dan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi-agensi yang terlibat.
 
MyGDI sebagai Infrastuktur Data Spatial Negara (NSDI) merupakan infrastruktur data geospatial yang merangkumi polisi, data, standard, teknologi, R&D dan pembangunan modal insan. Melalui infrastruktur ini satu perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi diwujudkan bagi kemudahan semua pihak di Malaysia dalam berkongsi dan mengambil usaha membangunkan produk-produk berasaskan geospatial secara lebih mudah, cost effective dan cepat.
 
Salah satu matlamat MyGDI juga menyediakan  platfom bagi komuniti geospatial di Malaysia berkongsi dan mencapai maklumat geospatial yang ada dari pelbagai sumber. Melalui aplikasi dibangunkan MyGDI Explorer pengguna boleh membuat carian, menilai dan menggunakan maklumat geospatial berkenaan usaha-usaha dan aktiviti berkaitan geospatial sama ada pembangunan data, aplikasi, analisis, kajian dan sebagainya yang telah diusahakan oleh pelbagai pihak secara lebih efektif.
 
Projek MyGDI ditadbir urus melalui jawatankuasa-jawatankuasa dan MaCGDI penyelaras projek.
 
 
 
Di bawah adalah kedudukan MyGDI dalam hirarki Infrastruktur Data Geospatial (SDI):